Wednesday, October 19, 2011

1.0. TAJUK PERMAINAN
Spaces ball
2.0. MATLAMAT
Kertas kerja ini dihasilkan bertujuan untuk dijadikan panduan kepada pelaksanaan permainan kanak- kanak sebelum ujian amali.

3.0. OBJEKTIF
Pada akhir penyedian kertas kerja ini kami dapat:
1. Memperkukuhkan pemahaman berkaitan permainan kanak- kanak khususnya katogeri serangan.
2. Mempertingkatkan kemahiran tentang penyediaan kertas kerja dengan lebih sistematik dan teratur.
3. Menjadikan kertas kerja ini sebagai panduan bagi ujian amali.

4.0. TARIKH
15 Oktober 2011

5.0. JANGKA MASA
8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

6.0. TEMPAT
Gelanggang badminton, gymnasium IPG kampus Perlis

7.0. KUMPULAN SASARAN
Pelajar Tahap satu (1, 2, 3)

8.0. BIL PESERTA
6 Orang satu kumpulan


9.0. PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN

9.1 JAWATAN KUASA KERJA
1. Khairil Anwar bin Muktar
2. Mohd Syarizal bin Said
3. Yusnizan bin Mohamad Yusof

9.2 BORANG PESERTA
Contoh borang peserta














9.3 SENARAI SEMAK SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS PELAKSANAAN.

9.3.1 SEBELUM

1.Menerima dan memperolehi maklumat daripada pensyarah.

2.Membuat perbincangan antara ahli kumpulan.

3.Mengumpul maklumat dan bahan tugasan yang berkaitan.

4.Menyenaraikan peralatan yang diperlukan.

5.Memilih dan menyediakan tempat pelaksanaan permainan.

6.Menyediakan dan menghasilkan draf kertas kerja.

7.Menghantar draf kertas kerja kepada pensyarah.

8.Mengadakan perbincangan dengan ahli kumpulan kali kedua.

9.Membuat persiapan terakhir dengan menyiapkan kertas kerja,menguji peralatan,mengadakan sesi latihan dan simulasi.



9.3.2 SEMASA

1.Memastikan tempat pelaksanaan permainan selamat untuk digunakan.

2.Membuat persiapan tempat pelaksanaan aktiviti permainan.

3.Menyediakan peralatan yang telah dipilih dan diperlukan..

4.Menyusun atur peralatan mengikut perancangan pelan organisasi.

5.Mengumpul peserta yang terlibat.

6.Memaklumkan prosedur dan peraturan permainan kepada peserta.

7.Melakukan demontrasi dan tunjuk cara permainan.

8.Menekankan langkah-langkah keselamatan peserta.

9.Mengurus serta menggendalikan permaianan yang dirancang.


9.3.3 SELEPAS

1.Mengumpul semula peralatan permainan.

2.Menyimpan peralatan di dalam stor dengan menyusun dan mengaturnya di tempat asal.

3.Memastikan tempat pelaksanaan aktiviti permainan dibersihkan.

4.Membuat perbincangan dengan ahli kumpulan untuk menyediakan refleksi dan ‘post-mortem’.

5.Membuat laporan.



9.4 SENARAI ALATAN


Bola Gelung Skitel























9.5.2 PENERANGAN SIMBOL

SIMBOL
PENERANGAN
BOLA
KUMPULAN 1
KUMPULAN 2
GELUNG


9.5.3 LANGKAH PELAKSANAAN
· Peserta akan dibahagikan kepada 2 kumpulan
· Setiap kumpulan terdiri dari 6 orang peserta
· Selepas guru member keterangan semua peserta diminta mengambil tempat.
· Pasukan yang akan memulakan permainan akan di tentukan dengan cara kumpulan mana yang pantas menjawab soalan yang diajukan oleh guru dengan betul. Jika jawapan salah pasukan lawan akan menang…soalan ialah, “burung apa?. Jawapan..”Burung Murai”
· Pemain yang bermain permainan ini akan bermain bola dengan menggolek bola tersebut sambil mengelecek pihak lawan. Lawan akan menyerang dan mempertahankan kawasan jaringan dari dibolosi.
· Penjaga gol akan bergerak dalam kawasan gol sambil membawa gelung.
· Penjaga gol bertindak sebagai gol bergerak, bagi pasukan masing- masing.
· Gol dikira sekiranya bola digolekan masuk ke gelung masing- masing.
· Mata dikira dengan banyaknya jaringan.

9.5.4 PERATURAN DAN SYARAT
· Semua peserta akan bermain dengan menggunakan tangan.
· Penggunaan kaki akan mengakibatkan “Faul” dan pasukan lawan akan mendapat bola.
· Bola mestilah digolek diatas lantai
· Setiap pasukan dibenarkan mengelecek, dan menghantar bola kepada ahli pasukan masing- masing .
· Pemain tidak dibenarkan menyentuh badan pihak lawan awak peserta dari kumpulan sendiri.
· Sekiranya berlaku tolakkan, ini mengakibatkan peserta yang menolak itu akan dikenakan ‘Faul” dan bola akan dapat pada pihak lawan.
· Jika pemain berjaya menjaringkan gol, mata menjaringkan dan permainan bermula sekali lagi dengan pasukan lawan yang mempunyai memiliki bola.
· Jika pemain tidak berjaya menjaringkan gol, setiap pasukan cuba untuk mendapatkan milik bola tanpa sentuhan badan dan pasukan yang mendapat pemilikan membuat pas dan mengambil langkah-langkah ke arah gelung sasaran mereka.





10.0 RUMUSAN
Setelah menghasilkan kertas kerja permainan kanak–kanak bagi kategori serangan/bertahan ini,dapatlah kami mengetahui,mempelajari dan menguasai pelbagai pengetahuan tentang pelaksanaan permainan kanak – kanak.Bagi kami,pelaksanaan permainan kanak – kanak memang amat diperlukan dalam pengajaran subjek Pendidikan Jasmani agar dapat menarik minat murid sekolah rendah dalam aktiviti bersukan.Walaupun begitu, kami haruslah bijak dalam memilih dan melaksanakan permainan yang sesuai mengikut taraf dan kemahiran murid supaya pengajaran akan menjadi lebih berkesan dan kecederaan juga dapat dielakkan. Selain dari itu,kami dapat mengetahui bahawa penerangan mengenai permainan yang jelas dan mudah difahami juga amat penting ketika melaksanakan permainan. Pada masa yang sama, untuk menyiapkan kertas kerja ini kami dapat berfikir secara lebih kreatif dan inovatif bagi menjana idea baru dan seterusnya segala pengetahuan dan kefahaman kami tentang permainan kanak-kanak dapat dipraktikkan untuk tujuan pengajaran nanti.

1 comment: